fbpx

Penjawat awam Johor terima RM1,000 sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ

ISKANDAR PUTERI – Penjawat awam negeri ini bakal menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM1,000 yang akan disalurkan pada minggu pertama perayaan itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, seramai 20,821 penjawat awam negeri termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri bakal menerima manfaat tersebut.

Katanya, bantuan itu diharap dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam negeri ini untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

“Sempena Aidilfitri ini, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi turut memperuntukkan lebih RM30 juta bagi meringankan beban masyarakat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini termasuklah RM18.4 juta bantuan Aidilfitri kepada 90,439 asnaf fakir dan miskin, bantuan khas Aidilfitri RM5.4 juta kepada 54,901 barisan hadapan seperti polis, tentera, bomba, doktor dan jururawat serta RM3.4 juta bantuan one-off kepada 6,970 imam dan bilal,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Tambah Onn Hafiz, antara peruntukan lain termasuk RM1.6 juta bagi pelaksanaan Jualan Kasih Johor yang berlangsung di 57 lokasi dan memberi manfaat kepada 200,000 rakyat, RM1.5 juta bantuan Aidilfitri kepada 5,000 Orang Asli asnaf mualaf dan RM70,000 untuk Tajaan Pengangkutan Mahasiswa Anak Johor Pulang ke Kampung membawa 550 pelajar menaiki 30 bas.

“Ini merupakan tambahan kepada peruntukan RM11.24 juta yang disalurkan kepada 3,749 ketua isi rumah (KIR) berdaftar di pusat pemindahan sementara. Setiap KIR akan menerima RM3,000 yang akan diberi serentak di enam daerah terjejas,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI