PETALING JAYA – Seorang lelaki menerima kecaman pengguna media sosial ekoran cadangan supaya bayaran elaun imam di Masjid Al Busyra di Merbok, Kedah dikurangkan.
Cadangan itu disuarakan kepada Pengerusi dan Imam Masjid Al-Busyra Merbok, Mohd. Firdaus Mat Akhir yang turut dikongsikan menerusi video TikTok masjid tersebut.
“Usul saya, minta dikurangkan bayaran elaun imam,” kata lelaki tersebut pada video berkenaan, namun tidak diketahui identiti individu itu apabila ia dirahsiakan pihak masjid.
Bagaimanapun, Mohd. Firdaus yang turut menjalankan perniagaan berkata, dia tidak mengambil bayaran elaun imam.
“Imam Masjid Busyra? Saya ka? Saya tak ambil gaji, saya tak ada gaji. Imam ada, imam rawatib. Saya sekeping pun tak ambil.
“Boleh semak, saya tak ada sekeping pun saya buat kerja ni. Tuan tuan doa saya berniaga bagi maju,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengecam lelaki tersebut selain ada yang beranggapan, individu itu dalam kalangan mereka yang telah berusia berdasarkan suaranya.
“Kurang gaji imam. Lepas tu imam tak payah hidup ke? Atau imam boleh makan pasir je. Patut beri cadangan naikkan lagi bayaran untuk imam,” komen unclebear.
“Apa kata kita bagi pak cik tu jadi imam,” kata AMQ.
“Masjid dari tak ada apa-apa sampai jadi salah satu masjid terbaik kat Malaysia. Kawan tolong fikir dan usaha sampai jadi. Last-last minta kurangkan elaun imam,” komen Maahad Tahfiz Darul Hikmah.
“Tak dinafikan pemikiran orang tua-tua ni semua tak kena. Sebab kalau masjid yang suram saja, mesti atas semua umur 70-an, 80-an,” dakwa azriayie.
Masjid Al-Busyra Merbok antara masjid popular di media sosial khususnya TikTok selepas kemudahan dan fasiliti di situ sering dikongsikan oleh Mohd. Firdaus menerusi TikToknya, Firdaus Firabib. – KOSMO! ONLINE
@masjidalbusyramerbok part 2, potong gaji imam.. #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #masjidalbusyramerbok #masjidmesramusafir #mesoratagung #liveinfak #CapCut ♬ original sound – Masjid Al Busyra Merbok