fbpx

Remaja maut Myvi dipandu langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang remaja yang melanggar sebatang pokok sehingga meragut nyawanya dalam kejadian di Jalan Persiaran Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Johor petang semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki maut selepas Perodua Myvi yang dipandunya terbabas ke arah pembahagi jalan sehingga melanggar sebatang pokok di Jalan Persiaran Seri Alam, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu berlaku.

Katanya, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu seorang diri dari arah Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Jalan Gunung, Seri Alam.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu kenderaan tersebut telah hilang kawalan dan menyebabkan keretanya terbabas ke arah pembahagi jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI