fbpx

Skuad Ragbi 7’s negara lakukan persiapan ke Siri Ragbi Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD ragbi 7’s kebangsaan menjalani latihan yang ditetapkan oleh MSN selain menerima bantuan ISN sepanjang PKP dilaksanakan.

MESKIPUN berdepan kekangan untuk melakukan sesi latihan, namun ia tidak mematahkan semangat atlet ragbi tujuh sebelah (7’s) negara membuat persiapan menghadapi Kejohanan Siri Ragbi Asia 7’s yang dijangka membuka tirai Ogos nanti.

Tahun ini adalah misi pen­ting buat atlet ragbi negara untuk tampil cemerlang agar tidak jatuh semula ke saingan Trofi Asia seperti 2018. Bagaimanapun, pada 2019, pasukan negara muncul juara Trofi Asia dan kembali semula ke saingan utama.

Ketua jurulatih negara, Mohd. Saizul Hafifi Mohd. Noor berkata, pihaknya terpaksa merombak balik program latihan untuk memastikan pemain betul-betul bersedia untuk menghadapi saingan tersebut.

“Ketika ini pasukan melakukan latihan seperti biasa dan mengikut program yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan menerima bantuan daripada pihak Institut Sukan Negara (ISN)

“Banyak perancangan tidak dapat dijalankan dan terpaksa dirombak semula. Terdapat sedikit perubahan mengenai program yang kita jalankan pada musim 2021 ini.

“Kita harap apabila bera­khirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasukan akan dapat melakukan persiapan terbaik termasuk perlawanan dalam dan luar negara.

“Kita akan tunggu arahan MSN dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jika kita dapat kebenaran tidak mustahil kita mampu menyertai kejohanan peringkat antarabangsa.

“Fokus pasukan ketika ini adalah Kejohanan Siri Ragbi Asia 7’s. Saya harap kita dapat ke sana dan mampu tampil dengan persiapan secukupnya,” katanya.
Antara pasukan yang beraksi dalam saingan tersebut adalah Jepun, Hong Kong, China, Sri Lanka, Korea, Filipina dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI