fbpx

Terkejut jika Liverpool tiada pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP digesa supaya mendapatkan pemain pertahanan baharu sebelum jendela perpindahan musim sejuk ditutup Isnin ini. – AFP

LIVERPOOL – Bekas pemain Li­verpool, Danny Murphy me­ngakui akan ter­kejut sekiranya pasukan itu membuat keputusan untuk tidak mendapatkan pemain pertahanan pada jendela perpindahan kali ini yang bakal berakhir Isnin nanti.

Murphy percaya, ke­putusan semasa yang dilakukan oleh Jurgen Klopp dengan menukar posisi pemain tertentu untuk beraksi di bahagian pertahanan adalah tidak betul.

Menurutnya, beliau percaya Liverpool memerlukan pe­rancangan yang lebih tersusun untuk berdepan siri kecede­raan tersebut terutama ketika Fabinho kehilangan rakan gandingan semasanya, Jordan Henderson yang mengalami kece­deraan.

Dua pemain muda mereka, Rhys Williams dan Nat Phillips terpaksa diturunkan dalam per­lawanan besar kerana tidak mempunyai pilihan lain.

“Apa yang menjadi kerisauan ketika ini adalah kekurangan aktiviti dalam pasaran perpindahan sedangkan mereka sangat memerlukan pemain baharu.

“Saya harap mereka dapat melakukan sesuatu sebelum jendela perpindahan ini ditutup. Ia mampu memberikan mereka suntikan semangat.

“Mereka berdepan tempoh yang sukar, ia musim yang pelik. Apa yang pasti, Jurgen Klopp mempunyai dana yang besar dan kekuatan kewangan untuk melakukannya,” katanya.

Tambah Murphy, beliau berharap Liverpool dapat menandatangani paling kurang seorang pemain pertahanan kali ini.

“Saya mengharapkannya. Saya akan terkejut jika mereka tidak berbuat demikian.

“Saya masih fikir Klopp te­rus meletakkan keyakinan terhadap barisan penyerangnya tetapi ketika ini ia sudah tidak cukup, mereka sendiri berdepan masalah,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI