fbpx

Haaland dahulu sebelum Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi pilihan pertama Valdano berbanding Mbappe kerana ketajamannya. – AFP

MADRID – Bekas Pengurus Besar Real Madrid, Jorge Valdano menggesa kelab itu berusaha keras untuk mendapatkan ­khidmat Erling Haaland terlebih dahulu berbanding penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

Haaland ketika ini sedang melalui tempoh terbaik dalam kariernya apabila meledak 37 gol dalam semua kejohanan selepas membuat debut bersama Borussia Dortmund pada ­Januari tahun lalu.

Mbappe pula ketika ini menjadi tonggak penting untuk gergasi Perancis itu memburu kejuaraan di Ligue 1 tetapi masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya di kelab itu yang kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim lalu.

Valdano menganggap perpindahan Mbappe ada pen­tingnya buat Real, namun pre­siden kelab itu, Florentino Perez menjadikan Haaland sebagai keutamaan mereka.

“Saya lebih memilih Haaland berbanding Mbappe. Dia mampu bergerak dalam ruang yang luas dan sempit. Selain itu, menjaringkan gol sudah menjadi sifat semulajadinya.

“Saya faham Mbappe adalah seorang pemain bintang tetapi saya lebih mengagumi Haaland kerana dia menjaringkan gol dari­pada pelbagai sudut dan cara,” katanya.

Dalam pada itu, Valdano berpendapat, pemain muda kelab itu, Martin Odegaard sepatutnya perlu kekal di Santiago Bernebeu untuk membuktikan kemampuannya berbanding berhijrah secara pinjaman.

“Dia perlu kekal kerana sebagai pemai Real mereka perlu bersedia berdepan tempoh yang sukar dan tidak mudah mengalah.

“Persembahannya sudah ham­pir menyamai Casemiro tetapi dia kurang keyakinan ketika melakukan gerakan selain tidak bersedia mengambil risiko dalam keputusan yang dilakukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI