fbpx

Anwar pencinta karya agung, kesusasteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat Yayasan Karyawan, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan seperjuangannya yang cintakan pelbagai variasi karya agung merupakan pengasas kepada Yayasan Karyawan pada tahun 1996.

Menurut Anwar, Penubuhan Yayasan Karyawan bertujuan untuk mengkaji dan menerbitkan Karya Agung Melayu, Karya Agung Dunia Melayu dan Karya Agung Dunia di dalam bahasa Melayu.

Ujar beliau, Karya Agung Melayu yang dipilih untuk diterbitkan merupakan karya agung kesusasteraan tradisional Melayu dan juga ‘Dunia Melayu’ yang tertulis dalam bahasa-bahasa serumpun.

“Usaha menerbitkan Karya Agung Dunia juga diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, malah badan ini juga menjalankan kajian dan penterjemahan ke dalam bahasa Melayu karya-karya agung pilihan daripada tamadun bangsa-bangsa di luar dunia Melayu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau menghimbau penubuhan Yayasan Karyawan apabila menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk A. Aziz Deraman.

Kata beliau, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu berkenaan hala tuju Yayasan Karyawan dalam aspek memelihara sumber rujukan, peneraju promosi dan peringkat pemilikan kepada karya-karya agung.

“Sempena sambutan ulang tahun pewujudan Yayasan Karyawan yang ke-30, diharapkan hala tuju perancangan dan strategi baharu dilipatgandakan lagi terkait promosi karya agung supaya dapat dibekalkan di semua jenis sekolah, di semua universiti awam di entiti atau fakulti yang berkaitan.

“Usaha ini boleh diadaptasi dan disegarkan menerusi teknologi kecerdasan buatan dengan semua pihak berkepentingan serta memperkenalkan semula program Hadiah Bahasa di semua peringkat sekolah dengan kerjasama syarikat-syarikat korporat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI