fbpx

United kehilangan magis di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKOD tanpa kalah United dalam 13 perlawanan terakhir EPL akhirnya lebur apabila mereka tewas 1-2 kepada Sheffield awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Selepas melalui tempoh yang cemerlang sebelum ini, Manchester United gagal meneruskan rentak cemerlang apabila dijinakkan pasukan tangga tercorot Liga Perdana Inggeris, Sheffield United 1-2 pada aksi di Old Trafford awal pagi semalam.

Beraksi di laman sendiri nyata masih belum dapat membantu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu apabila membenarkan Kean Bryan dan Oliver Burke merobek gawang United, sementara gol saguhati mereka dijaringkan Harry Maguire.

Solskjaer menyelar barisan pemainnya apabila menyifatkan mereka menampilkan aksi kurang bermaya sepanjang perlawanan selain kehilangan ‘magis’ yang ada sebelum ini.

“Apabila anda melepaskan dua gol mudah, ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat sukar. Kami tidak cipta banyak peluang untuk jaringkan gol pada perlawanan ini.

“Kami seolah-olah hilang magis apabila gagal untuk tembusi benteng pertahanan pasukan lawan. Saya akui mereka bertahan dengan baik untuk menafikan peluang United.

“Kami seperti hilang idea untuk bermain dengan lebih baik dan menembusi gawang mereka. Kami berdepan banyak situa­si sukar musim ini tetapi kali ini sangat mengecewakan,” luah pe­ngendali dari Norway itu.

Sementara itu, beliau juga mendakwa pengadil perlawanan, Peter Bankes melakukan dua kesilapan besar pada perlawanan tersebut sehingga menyebabkan kekalahan United.

“Apa yang saya lihat, gol pertama Sheffield berpunca daripada kekasaran yang dilakukan. Selain itu, jaringan (Anthony) Martial pada minit ke-29 sepatutnya disahkan. Dua kesilapan dilakukan pengadil,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI