fbpx

11 buah bas tidak layak berada atas jalan dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bersama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Aedy Fadly Ramli, menyampaikan sumbangan kepada anak-anak tahfiz pada majlis Berbuka Puasa Santuni Madani di Masjid Al-Munawwarah Panchor Jaya, Seremban, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 11 buah bas yang didapati tidak layak berada di atas jalan raya sebelum notis larangan penggunaan kenderaan itu dikeluarkan serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan itu diambil menerusi Pra-Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 selama seminggu bermula 17 Mac lalu sehingga hari ini dengan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam (bas).

Menurutnya, pemeriksaan sebelum bermulanya Operasi Khas Sempena Perayaan HRA 2025 akan bermula esok (24 Mac) sehingga 8 April ini melibatkan aspek teknikal di terminal-terminal dan depoh-depoh bas di seluruh negara.

“Hasil daripada Pra-Operasi HRA 2025 tersebut, pihak JPJ telah memeriksa lebih 500 buah bas di depoh-depoh yang terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard dan piawaian di samping aktiviti penyelenggaraan telah dilaksanakan dengan baik.

“Kita sentiasa meneruskan usaha memantau kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan terbabit serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pengguna di tahap optimum menjelang Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan Santuni Madani MOT di Masjid al-Munawwarah Panchor Jaya, di sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai usaha dilaksanakan oleh JPJ apabila tibanya musim perayaan terutamanya membabitkan bas ekspres termasuk meletakkan penguat kuasa di kawasan hot spot berlakunya kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI