fbpx

Video tular lelaki tumbuk, cakar muka polis kejadian lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di media sosial yang memaparkan kekecohan individu bertindak agresif terhadap anggota polis.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan video tular berhubung insiden penahanan seorang lelaki selepas bertindak agresif menumbuk dan mencakar muka anggota di pusat bandar ini, sebenarnya kejadian lama yang berlaku pada 1 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya telah mengesan penyebaran video berkenaan di media sosial hari ini yang menunjukkan seorang individu ditahan anggota polis.

“Kejadian ini berlaku sekitar pukul 12.45 pagi pada 1 Januari lalu di Lebuh Light, ketika sepasukan polis dari Balai Polis Lebuh Pantai menjalankan operasi pencegahan jenayah sempena sambutan ambang tahun baharu.

”Hasil tindakan pantas pihak polis, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun telah ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk dan mencakar muka petugas polis yang cuba meleraikan keadaan kekecohan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, tular video yang memaparkan kekecohan membabitkan seorang lelaki yang bertindak agresif kepada anggota polis.

“Susulan siasatan, lelaki tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret George Town pada 3 Januari 2025 di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

”Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 selepas tertuduh mengaku bersalah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI