fbpx

Lelaki warga India ditahan miliki 265 karton rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Seorang lelaki warga India ditahan selepas disyaki memiliki 265 karton rokok seludup bernilai RM10,000 di Taman Politeknik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah pada pukul 2.05 petang.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara India berumur 35 tahun dan merampas sebanyak 265 karton rokok seludup pelbagai jenama.

“Nilai keseluruhan rampasan rokok tersebut dianggarkan lebih kurang RM10,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, siasatan mendapati suspek warga asing itu juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek telah ditahan reman di Lokap Lukut untuk siasatan lanjut bagi mendapatkan pengesahan Jabatan Imigresen.

“Kes dan barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok seludup dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI