fbpx

Segera beri nota PdPR untuk murid tiada peranti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri menasihatkan Jabatan Pendidikan negeri segera melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan modul bercetak bagi murid dan pelajar yang tidak memiliki peranti serta liputan internet.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, langkah berkenaan adalah bertujuan memastikan tiada murid dan pelajar di Sabah yang tercicir sepanjang pelaksanaan PdPR.

“Kita menasihatkan Pengarah Pendidikan Negeri supaya melaksanakan pembelajaran seperti yang dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu sebagai langkah penyelesaian segera.

“PdPR tetap perlu diteruskan bagi pelajar yang tidak mempunyai peranti dan liputan internet dengan adanya nota pembelajaran bercetak dan disampaikan kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar perkembangan Covid-19 Sabah malam tadi.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sudah mengarahkan Exco Pendidikan, Datuk Mohd. Ariffin Arif untuk segera berhubung dengan Jabatan Pendidikan negeri bagi menentukan jumlah murid dan pelajar yang layak diberikan bantuan peranti.

Bagaimanapun, menurut Masidi keberkesanan bantuan terbabit tertakluk kepada capaian internet di kawasan masing-masing berikutan bukan semua lokasi sekitar Sabah mempunyai liputan internet yang baik.

Terdahulu, Hajiji sebelum ini menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk menimbangkan bantuan peranti kepada murid dan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di Sabah agar dapat mengikuti PdPR secara dalam talian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI