fbpx

Anzalna ‘gelak macam keldai, diam macam princess’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPERIBADIAN Anzalna yang mudah terhibur dan tergelak besar sememangnya diketahui umum.

MUDAH terhibur, hakikatnya pelakon Anzalna Nasir suka tergelak besar sehingga kerap ditegur suaminya, terutama ketika mereka berada dalam khalayak ramai.

Baru-baru ini, keperibadian ibu dua anak itu cukup terserlah ketika sesi soal jawab dengan peminat mengenai kehidupannya bersam Hanif Zaki.

Lucunya apabila sepanjang wawancara tersebut, Anzalna kerap tertawa mendengar jawapan Hanif setiap kali diminta memberikan respons.

Sehinggalah moderator membacakan titipan daripada seorang netizen mengenai cara gelak pelakon tersebut yang disifatkan sungguh lucu.

“Gelak macam keldai, bila diam macam ‘princess’,” katanya.

Kenyataan tersebut membuatkan ketawanya semakin kuat, sekali gus menyebabkan Hanif ikut terhibur membaca usikan netizen itu.

Bagus sungguh Anzalna, langsung tak sentap ketawanya disamakan keldai. Tapi memang kelakar pun dengar dia ketawa, comel pun iya.

DIVA: Marah betul penyanyi Waheeda terhadap situasi industri muzik yang menyaksikan lambakan artis pakat lancar dan promosi lagu raya awal Ramadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN