fbpx

Jakim buat laporan polis dua individu hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan polis berhubung tindakan dua individu memuat naik kandungan berbaur sentimen agama dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, Jakim memandang serius perkara tersebut dan turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Laporan polis dibuat bagi memastikan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.

“Selain itu, aduan juga dikemukakan kepada MCMC untuk tindakan lanjut di bawah bidang kuasa MCMC,” katanya dalam kenyataan.

Tegas Sirajuddin, sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW adalah suatu perbuatan yang tidak boleh diterima.

“Ia merupakan satu tindakan yang mencetuskan ketegangan dan menyinggung perasaan umat Islam serta boleh menggugat keharmonian masyarakat.

“Jakim menyeru semua pihak agar menggunakan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab dan tidak menyentuh sensitiviti agama yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI