fbpx

Pasangan suami isteri jumpa rangka mirip ikan duyung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU rangka mirip ikan duyung ditemukan di tepi pantai. - Foto Paula Regan/SWNS

LONDON  – Penemuan satu rangka yang mempunyai sirip dan mirip ikan duyung mengejutkan dua pasangan suami isteri di tepi pantai Margate, Britain, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut Paula Regan yang menemui rangka itu bersama suaminya, Dave ketika bersiar-siar di tepi pantai, ia adalah perkara yang paling ganjil pernah ditemuinya.

“Pada mulanya, saya fikir ia adalah kayu hanyut atau mungkin anjing laut mati kerana saya dapat melihat sirip ekor,” ujarnya.

Penemuan itu telah menarik sekumpulan pengunjung yang kemudian datang untuk melihat rangka pelik tersebut.

“Ada yang menyangka ia mungkin terjatuh dari bot manakala yang lain menganggapnya patung dari kapal yang (kelihatan) seperti ukiran ikan duyung. 

“Saya hanya tahu tiada siapa yang akan mempercayai kami jika kami tidak merakamkan gambar itu,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI