fbpx

Pemandu, adik tahan sakit dua jam tersepit dalam treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah treler dinaiki dua beradik yang terbalik selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pemandu sebuah treler dan adiknya terpaksa menahan kesakitan selama dua jam akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, pemandu treler berusia 23 tahun dan adiknya yang merupakan penumpang yang menemaninya sepanjang perjalanan semasa menghantar barang mengalami kecederaan pada tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mengikut siasatan awal, treler itu sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke arah Kuala Krai dan setiba di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah yang sama cuba membuat pusingan u.

“Selepas pusingan u dibuat, pemandu lori cuba untuk masuk semula ke laluan utama menghala ke arah Gua Musang. Pada masa sama, treler dinaiki dua beradik yang berada di laluan sah tidak sempat mengelak sebelum bertembung dengan lori tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kemalangan itu menyebabkan treler berkenaan terbalik sebelum pemandu dan penumpangnya telah tersepit.

Menurutnya, pihak bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa bagi rawatan lanjut di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI