fbpx

Penutupan Heathrow: 1,357 penerbangan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail ruang dalam Lapangan Terbang Heathrow dekat London. - Foto AFP

LONDON – Sekurang-kurangnya 1,357 penerbangan sama ada telah dibatalkan, dilencongkan atau ditangguhkan, manakala orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi Lapangan Terbang Heathrow kerana ditutup sehingga pukul 11.59 malam ini(waktu tempatan).

Perkhidmatan pengesanan penerbangan online, FlightRadar24 menyatakan, penutupan itu akan menjejaskan 679 ketibaan dan 678 pelepasan dari Heathrow hari ini.

British Airways, American Airlines, Air Canada dan Delta merekodkan bilangan pembatalan dan lencongan terbesar.

Sebuah penerbangan Malaysian Airlines turut terkesan.

Seorang jurucakap Lapangan Terbang Gatwick menyatakan bahawa pihaknya menerima penerbangan yang dilencongkan seperti ‘diperlukan’. — AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI