fbpx

Pasangan jarak jauh dibenarkan rentas negeri kerana sifat perikemanusiaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kebenaran bagi pasangan suami isteri untuk merentas negeri dibuat kerana memgambil kira isu-isu yang terjadi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini terhadap golongan tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih bersifat berperikemanusiaan untuk membenarkan golongan perhubungan jarak jauh antara suami dan isteri merentas negeri.

“Jika pada PKP lepas, ada beberapa suami yang tak dapat berjumpa dengan anak bila anak sakit, ada juga kes tiga bulan tidak berjumpa isteri, kita sedia maklum dan memberi peluang kepada mereka pada PKP kali ini.

“Walaubagaimanapun mereka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis dan tunjukkan bukti perhubungan jarak jauh dan disarankan untuk melakukan ujian calitan,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pertahanan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI