PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Sabah sehingga 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman dan Sandakan.
“Antara kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk itu ialah Pedalaman (Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod),” lapor MetMalaysia.
Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE