fbpx

NL: Jerman bawa pulang bekal selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GORETZKA (kiri) meledak gol kemenangan Jerman ketika mereka mencatat kemenangan mengatasi Itali pada aksi suku akhir pertama NL. - AFP

MILAN – Jerman mempamerkan keinginan besar memburu slot ke kelompok empat pasukan terbaik apabila bangkit menewaskan Itali 2-1 di San Siro pada aksi suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (NL) awal pagi semalam.

Pengendali pasukan itu, Julian Nagelsmann mengakui sangat bangga melihat semangat melawan para pemainnya biarpun mereka ketinggalan seawal minit kesembilan, namun bangkit mendapatkan dua gol pada babak kedua.

“Saya sangat teruja untuk melihat kami bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memenangi perlawanan. Kami semua bercakap di bilik persalinan sebelum perlawanan bermula bahawa kami mahu memenangi perlawanan.

“Kami mampu untuk meledak lebih banyak gol pada babak kedua. Kami berdepan masalah pada babak pertama, separuh masa kedua kami tidak melakukan banyak perubahan taktikal kecuali memasukkan pemain berbeza.

“Saya gembira apabila semua pemain menunjukkan keinginan untuk menang pada aksi kali ini,” katanya.

Sementara itu, Nagelsmann memuji prestasi yang dipamerkan oleh pemain tengahnya, Leon Goretzka yang meledak gol kemenangan Jerman selepas Tim Kliendienst menyamakan kedudukan.

“Dia mempamerkan aksi terbaik terutama pada babak kedua, membantu serangan dan melakukan kerja-kerja bertahan. Dia berada pada tahap terbaik dan berjaya mempengaruhi aksi tersebut,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI