fbpx

Hamidin bakal kembali ke FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui ‘rindu’ dengan aura Tan Sri Hamidin Mohd Amin selepas lebih sebulan berpisah dengan mantan presiden sejurus berakhir Kongres Pemilihan FAM pada Februari lebih.

Sebagai rekod, Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dikaitkan dengan jawatan Presiden Kehormat FAM, tetapi jawatan itu masih belum diputuskan oleh badan induk itu setakat hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman percaya pihak persatuan akan menerima banyak manfaat memandangkan Hamidin seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

“Memang dari segi pengalaman beliau, kita perlukan sebab dia masih lagi Ahli Majlis FIFA sampai 2027 dan pengalamannya cukup luas. Manfaatnya banyak terutamanya daripada segi peruntukan disebabkan Hamidin berada di situ, berkemungkinan kita dapat lebih (dana).

“Contohnya baru-baru ini, kita ditawarkan bertanding untuk pasukan bawah 16 tahun di Switzerland dan kita mewakili Asia daripada lapan pasukan bertanding. Itu salah satu kelebihan Hamidin sebagai Ahli Majlis FIFA.

“Kalau nak katakan (perlukan Hamidin dalam FAM), memang kerana pengalaman dan kita perlukan penasihat yang banyak berkaitan dengan kejohanan di peringkat Asia dan ASEAN,” kata Noor Azman ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FAM di Kuala Lumpur, kelmarin.

Mengulas lanjut, Noor Azman juga percaya Hamidin tidak akan membayangi tugas Presiden FAM ketika ini, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub andai dia dilantik semula bernaung di dalam Wisma FAM, Kelana Jaya nanti.

“Kehadirannya tidak akan (membayangi Presiden sedia ada) kerana di peringkat kita di FAM, kita ada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

“Di peringkat luar contohnya di FIFA, hubungan yang dimiliki Hamidin lain,” katanya.

Hamidin sebelum ini telah menjadi Presiden FAM bermula 2018 sebelum membuat keputusan untuk tidak bertanding jawatan tertinggi bola sepak negara itu atas alasan peribadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI