fbpx

Harimau Malaya masih ‘milik’ FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOEHARI

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub menegaskan skuad Harimau Malaya masih lagi di bawah kelolaan pihak persatuan meskipun entiti pengurusan baharu diwujudkan bagi memacu revolusi pasukan kebangsaan ketika ini.

Menurut Mohd Joehari, pihak FAM tidak akan ‘lepas tangan’ terhadap skuad kebangsaan yang masih lagi di bawah tanggungjawab persatuan selaku badan induk kerana masih lagi dalam pemerhatian Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

“Harimau Malaya (kekal) di bawah FAM, jadi tiada istilah Harimau Malaya dan FAM berpisah ataupun identiti yang berbeza. Jadi, hala tuju kita masih pergi ke pembangunan dan kesemuanya.

“Harimau Malaya memang di bawah jawatankuasa (pengurusan) pasukan kebangsaan dan struktur ini memang dalam FAM,” kata Joehari ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FAM di Kuala Lumpur kelmarin.

Sebagai rekod, persoalan mengenai status Harimau Malaya timbul selepas perkembangan skuad Peter Cklamovski itu ketika ini dikemaskini dalam akaun laman media sosial yang berbeza, Malaysia NT berbanding di laman rasmi FAM seperti sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Joehari turut mengesahkan kehadiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim adalah untuk membantu pengurusan skuad kebangsaan untuk berjalan dengan lebih lancar.

“Tunku Mahkota Ismail datang untuk membantu. Jadi, kita ucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Ismail kerana membantu kita merealisasikan hasrat unutk Harimau Malaya maju ke depan.

“Kita alu-alukan sesiapa sahaja yang datang untuk memberi bantuan kepada FAM dan Tunku Mahkota Ismail amat membantu dengan persiapan kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI