fbpx

Anzalna takkan sesekali tinggalkan anak dengan pembantu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dengan kes penderaan kanak-kanak yang kian meruncing, Anzalna tidak berani melepaskan anak-anak di bawah jagaan pembantu rumah.

PETALING JAYA – Kurang mempercayai pembantu sendiri membuatkan pelakon Anzalna nekad membawa dua anak lelakinya ke tempat kerja sekiranya ahli keluarga lain tidak dapat menjaga mereka.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, dia tidak akan sesekali meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu kerana berasakan anak-anak adalah keutamaannya ketika ini.

“Jika keluarga tak dapat menjaga anak-anak, saya akan bawa mereka bekerja.

“Tidak kira kerja apa pun, saya tak akan sesekali meninggalkan anak-anak dengan pembantu.

“Anak-anak adalah keutamaan dan saya tidak akan biarkan mereka dengan seseorang yang saya tak percaya,” katanya dalam Instagtam Story semalam.

Meski penat sekali pun, dia merasakan keputusan tersebut adalah tepat kerana anak-anak berada selanat bersamanya.

Kata Anzalna, dia juga sanggup mengenepikan tawaran kerja yang menawarkan bayaran tinggi kerana merasakan menjaga anak-anak adalah prioritinya.

“Penat memang penat, tetapi melihat mereka selamat dengan saya, itu sudah cukup.

“Saya juga sanggup tolak tawaran kerja ‘last minute’ walaupun bayaran tinggi kalau anak tak sihat, sebab duit boleh dicari.

“Biarlah orang nak cakap apa, yang lahirkan mereka adalah saya dan anak-anak merupakan anugerah terindah dalam hidup saya.

“Saya akan akan menjaga amanah Allah SWT ini sebaik mungkin selagi hidup, insya-Allah,” katanya lagi.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Hanif Zaki pada 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI