fbpx

‘Pengawal peribadi untuk Syaikhul, Sumayyah demi keselamatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengupah seorang pengawal peribadi khas demi keselamatan anak-anak.

PETALING JAYA – Bimbang keselamatan anak-anak, pelakon Puteri Sarah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengupah seorang pengawal peribadi khas untuk memantau pergerakan mereka.

Ujar Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, keputusan itu dibuat selepas menyedari kes jenayah melibatkan kanak-kanak semakin membimbangkan.

“Saya upah Mira (pengawal peribadi) untuk jaga keselamatan Syaikhul dan Sumayyah. Zaman sekarang kita tak tahu, apa-apa boleh berlaku.

“Duduk depan sekolah pun boleh tiba-tiba hilang, tahu-tahu ada orang tak dikenali datang. Anak-anak masih kecil, kadang-kadang mereka tak sedar bahaya.

“Itulah sebenarnya yang paling saya takuti sekali, sebab itu saya upah pengawal demi keselamatan mereka,” katanya menerusi sesi siaran langsung dalam TikTok baru-baru ini.

Malah, dia turut memperkenalkan wajah pengawal peribadinya, Mira, kepada umum.

Keputusan pelakon Hijrah Jannah itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang menyifatkan langkah tersebut sebagai wajar, lebih-lebih lagi dia sekeluarga dikenali ramai.

“Bagus Sarah! Tak semua orang boleh jangka niat orang lain. Kes culik sekarang pun makin banyak,” komen netizen.

“Bukan nak menunjuk, tapi ini memang langkah berjaga-jaga. Orang terkenal macam Sarah kena lebih berhati-hati,” tulis pengguna media sosial.

“Semoga anak-anak sentiasa dilindungi. Mungkin satu hari nanti kita pun kena buat benda sama untuk keselamatan keluarga,” ujar peminatnya.

Puteri Sarah dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir selepas sembilan tahun apabila bercerai talak satu pada 14 Jun dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI