fbpx

‘Alhamdulillah, rezeki 10 malam terakhir Ramadan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai bersyukur dan gembira dengan agihan keuntungan tahun 2024 yang diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa syukur dan gembira selepas Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.25 peratus bagi tahun 2024, yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi TH, institusi itu turut memaklumkan bahawa zakat sebanyak 2.5775 peratus telah dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyambut baik pengumuman tersebut dan menganggapnya sebagai satu perkembangan positif.

“Walaupun naik sikit.. Tetapi ada peningkatan, bila ada peningkatan maknanya TH lebih baik.. Alhamdulillah rezeki,” komen Aina Abdul Rahman.

“Alhamdulillah.. rezeki sepuluh malam terakhir. Terbaik TH!,” kata Naziha Kamal.

“Berapa-berapa pun okey sebab saya simpan untuk pergi haji, bukan untuk pelaburan,” ujar Nik Lee.

Hantaran tersebut terus mendapat perhatian dengan menerima 1,600 tanda suka, 271 komen dan 855 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI