fbpx

Kongsi Rezeki Ramadan McDonald’s Malaysia santuni pelajar B40, OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McDonald’s Malaysia menyantuni komuniti pelajar kurang berkemampuan dan OKU dalam Program Kongsi Rezeki Ramadan di UNISEL Bestari Jaya.

KUALA SELANGOR – McDonald’s Malaysia meneruskan inisiatif kemasyarakatan mereka dengan mengunjungi Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya, di sini untuk menyantuni komuniti pelajar menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan, baru-baru ini.

UNISEL dipilih sebagai lokasi utama keempat dalam Program Kongsi Rezeki Ramadan tahun ini, memandangkan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) milik Kerajaan Negeri Selangor itu memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan buat pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Ini selaras dengan komitmen McDonald’s Malaysia yang turut menawarkan sokongan kebajikan, pendidikan, dan pekerjaan kepada belia dari keluarga memerlukan melalui pelbagai inisiatif, sama ada secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun kerjasama strategik dengan institusi pendidikan tinggi.

Usaha menyantuni dan membangunkan modal insan yang sering dijalankan oleh McDonald’s Malaysia adalah aspirasi Pengarah Urusan dan Operasi Tempatannya, Datuk Azmir Jaafar yang sangat mementingkan pendidikan dan kebajikan para pelajar di semua peringkat institusi.

Penceramah bebas dan personaliti televisyen terkenal, Amin Idris, dibawakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi motivasi Ramadan kepada para pelajar.

“Alhamdulillah, seramai 150 pelajar UNISEL dari keluarga yang berpendapatan rendah menerima Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian dan wang tunai bernilai RM50 agar mereka dapat menjalani bulan Ramadan ini dengan bekalan yang cukup.

“Usaha ini sangat dekat di hati saya kerana saya juga berasal daripada keluarga yang susah.

“Kami harap sumbangan yang diberikan ini dapat mengukir senyuman dan meringankan beban mereka,” jelas beliau sempena program berkenaan.

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut mengundang pakar motivasi terkenal, Amin Idris untuk memberi tazkirah dan nasihat kepada para pelajar dalam program tersebut, bagi mengimarahkan majlis ilmu pada bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd. Salleh berkata, pihaknya amat menghargai sumbangan dan keprihatinan McDonald’s Malaysia dalam menyantuni pelajar B40 dan orang kurang upaya (OKU).

“Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga mencerminkan semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang lebih inklusif.

150 pelajar yang memerlukan menerima sumbangan Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian dan duit raya oleh McDonald’s Malaysia.

“Ini tentunya selaras dengan paksi Ihsan dalam Gagasan Malaysia MADANI agar prihatin terhadap anak-anak muda yang merupakan pelaburan kita bagi membina masa hadapan Malaysia yang lebih hebat,” katanya.

Terdahulu, Program Kongsi Rezeki Ramadan telah berkunjung ke 50 masjid dan surau untuk menjalankan aktiviti bergotong-royong membersihkan lokasi ibadah sebelum Ramadan.

Selain UNISEL, program ini telah menjelajah ke tiga lagi lokasi utama untuk mengimarahkan majlis ilmu dengan menampilkan penceramah terkemuka, termasuk:

  • Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan pada 23 Februari lalu, menampilkan Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin.
  • Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac lalu, menampilkan Ustazah Asma’ Harun.
  • Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu, menampilkan Syamsul Debat.

Ia sebahagian daripada sasaran 400 masjid dan surau yang akan dikunjungi McDonald’s Malaysia dalam Program Kongsi Rezeki Ramadan.

Para pelajar dan jemaah Masjid UNISEL turut diceriakan dengan hidangan moreh Mekdi selepas solat tarawih.

Selain itu, kira-kira 80,000 hidangan moreh Mekdi dan 16,000 bubur lambuk diedarkan ke masjid dan surau berhampiran restoran-restoran mereka di seluruh negara.

Sebagai syarikat milik orang Islam, McDonald’s Malaysia menjalankan program berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab syarikat kepada komuniti muslim, selain berhasrat untuk menjadi jiran yang prihatin kepada semua masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Sebagai penutup kepada inisiatif yang bermakna ini, McDonald’s Malaysia akan turut serta dalam tradisi masyarakat yang unik, iaitu Pesta Pelita Panjut di Kuala Kangsar pada 27 Mac ini.

Lawati TikTok McDonald’s Malaysia untuk menonton pelbagai inisiatif mereka sepanjang bulan Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI