PETALING JAYA – Seorang pemuda dipuji selepas berjaya menyelamatkan seekor kucing yang berpaut pada gril pintu sebuah rumah yang ditenggelami banjir di Johor Bahru.
Menerusi satu video berdurasi 26 saat di aplikasi TikTok @Hauuugilo menyaksikan kucing yang berwarna oren dan putih itu tersekat di gril pintu besi itu dilihat berada dalam keadaan ketakutan.
Pemuda berkenaan dilihat meregangkan jaring yang terdapat pada pintu gril itu sebelum memegang kepala kucing dan dibawa ke dalam bot.
Perkongsian itu mendapat reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji tindakan pemuda tersebut menyelamatkan kucing berkenaan meskipun berada dalam keadaan genting.
“Semoga rezeki kau mencurah-curah, duit tak pernah sempit, sihat selalu asbab selamatkan kucing. Terima kasih bang,” kata @Tunteja04.
“Terima kasih sebab jadi orang baik, nanti dekat akhirat dia jadi saksi abang berbuat baik,” komen @Bahiyah. -KOSMO! ONLINE
@hauuugiloo #Banjirjb #prayforjohorbahru ♬ original sound – hauuuugiloo🏋️🏋️