fbpx

Bekeng sangat, giliran Adi Putra pula dibenci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK suami garang lakonan Adi Putra menerusi naskhah Sekam Di Dada mengundang kebencian ramai.

SELEPAS Datuk Rosyam Nor tular dengan watak ‘meloyakan’ ramai dalam Keluarga Itu, kini giliran Datuk Adi Putra pula menerima kecaman netizen. Jika sebelum ini banyak watak lakonannya membuatkan ramai dilamun cinta, kali ini Adi menerusi drama Sekam Di Dada bikin penonton naik darah.

Melakonkan watak sebagai Nasir di samping Amyra Rosli (Orkid), Adi membuatkan penonton tidak senang duduk dengan karakter panas baran dan berkasar terhadap isterinya.

“Ini memang musim hero Malaya dibenci masyarakat ke? Sakitnya hati.

“Lakonan hebat Adi memang berjaya buat kami rasa benci,” komen netizen.

Sekam Di Dada mengupas hidup Orkid (Amyra Rosli), seorang guru mengaji yang tiba-tiba menuntut cerai setelah suaminya, Nasir (Adi Putra) yang berdepan
satu demi satu ujian termasuk dicerca anak sendiri. Drama arahan Zamri Zakaria itu turut menampilkan lakonan Josiah Hogan, Puteri Sarah Liyana, Auni Yusri, Apich Lo, Qistina Khaled dan Arash Mohamad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI