fbpx

Empat lelaki edar 28.8kg methampethamine didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT lelaki yang ditangkap kerana mengedar 28.8 kilogram dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini hari ini.

TELUK INTAN – Empat lelaki berhadapan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 28,850 gram, minggu lalu.

Tertuduh, N. Maghendran, 48; B. Vasanthan, 45; P. Sivaganesh, 43, dan N. Devandaran, 33, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kesemua lelaki itu didapati telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine anggaran berat 27,050 dan 1,800 gram di sebuah premis tidak bernombor di Kampung Baru Sungai Dua, Ulu Bernam di dalam daerah Bagan Datuk antara 12 hingga 16 Mac 2025.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, taktik licik sindiket memproses dadah menyewa sebuah rumah kampung yang ‘daif’ di kawasan terpencil di Ulu Bernam di sini untuk dijadikan makmal, terbongkar selepas diserbu polis pada 12 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI