PETALING JAYA – “Beli baju raya sendiri harga lebih RM400 lepas tu cari baju raya suami harga RM60 ja kome.”
Itu pengakuan seorang wanita yang ‘bangga’ berjaya mendapatkan baju raya sendiri jauh lebih mahal berbanding harga persalinan untuk suaminya.
Lebih menggores hati orang ramai, wanita itu dengan tanpa rasa bersalah mengatakan ia adalah tindakan bijak bagi seorang isteri.
“Rasanya kalau ada yang lagi murah, mesti akan belikan yang lagi murah haha! Nak jadi bini kena bijak,” katanya di media sosial.
Perkongsian ‘tip’ yang dirasakan bijak itu sebaliknya menerima kecaman orang ramai dan menyifatkan dia telah merendahkan martabat suaminya sendiri.
“Malangnya suami yang dapat isteri begini. Kalau content (kandungan) pun, begitu rendah kau meletakkan martabat kunci syurga mu. Jauhilah daripada anak keturunan ku,” ujar seorang pengguna.
“Kasihan suami kalau dapat isteri yang burukkan suami secara terbuka begini,” komen pengguna yang lain.
“Sampai hati. Hairan dengan pemikiran orang macam ni, yang pelik-pelik,” luah Lydia. – KOSMO! ONLINE