fbpx

Ramai guru tersinggung, Sweet Qismina mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sweet Qismina

PETALING JAYA – Pelakon Sweet Qismina memohon maaf kepada golongan pendidik,m susulan luahan ketidakpuashatian terhadap prosedur pengambilan dan pemulangan buku teks di sebuah sekolah yang dimuat naiknya baru-baru ini.

Permohonan maaf secara terbuka itu ditulis pelakon drama Bidadari Salju itu dalam satu entri Instagramnya semalam.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi, 24, permohonan maaf itu dilakukan kerana ramai para guru yang tersinggung dengan penulisannua sebelum ini.

“Kepada cikgu-cikgu, saya memohon maaf sekiranya kapsyen yang saya tulis semalam buat cikgu terasa.

“Saya ada membalas salah satu komen daripada seorang cikgu dan memberitahu saya langsung tidak menyalahkan mana-mana guru,” katanya dalam entri tersebut.

Malah, Sweet turut menyenaraikan dua sebab mengapa dia mencetuskan isu berkenaan dalam media sosial.

“Pertama, saya ada bertanya adakah semua sekolah melakukan prosedur yang sama? Kalau ya, kenapa ada yang kata sekolah mereka tidak ada perkara begitu dan itu ialah satu soalan.

“Kedua, saya tagged Kementerian Pendidikan Malaysia untuk lakukan sesuatu bukannya ditujukan kepda para guru. Isu yang saya bangkitkan ialah untuk golongan yang tidak larat untuk melalui prosedur tersebut,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia masih kekal dengan prinsipnya namun tidak terlintas untuk menyalahkan mana-mana guru.

Tambahnya, dia memohon semua pihak dapat memahami keprihatinannya itu.

Bahkah, dia juga tiada niat untuk mencetuskan sebarang isu berkaitan perkara tersebut.

“Saya yakin pihak kementerian pasti ada cara tersendiri untuk mengendalikan hal ini.

“Sekali lagi, saya mohon maaf kepada semua guru yang tersinggung dengan kenyataan saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Sweet pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem pengambilan dan pemulangan buku teks di sebuah sekolah.

Sweet juga berasa tidak adil dengan sistem yang diguna pakai kerana hanya membenarkan ibu bapa dan penjaga sahaja yang boleh mengambil dan memulangkan buku teks di sekolah, khususnya di sekolah menengah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI