fbpx

Muhammad Sajjad di Singapura, bukan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA — Usahawan dan pempengaruh sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 40, tidak berada di Malaysia, sebaliknya di negara jiran, Singapura.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh selebriti kelahiran Singapura, Roslan Shah, dia memberitahu sahabatnya itu berada di sana untuk menghadiri sebuah festival.

“Alhamdulillah Nur Sajat dah sampai Singapura. Dia membuat panggilan video bersama Cik Lan pagi tadi,” tulisnya dalam Instagram Story.

Sementara itu menerusi hantaran Sajat dalam Instagram, dia memberitahu akan berada di festival Mega Xpress yang akan berlangsung di Singapura.

“Mana yang nampak Sajat semalam tu, terima kasih kerana tegur Sajat dan Sajat gembira dapat bergambar dengan mereka. Maaf kalau muka Sajat nampak penat. Jom jumpa Sajat di majlis esok,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa hari lalu Sajat kembali menjadi perhatian ramai selepas dia mendedahkan sudah pulang ke tanah air untuk meraikan hari raya.

Malah dia sempat membuat promosi untuk festival Starvendor anjuran Ifa Raziah yang akan berlangsung bermula 21 Mac 2025.

Dalam video tersebut , Sajat memberitahu dia akan berada di festival tersebut untuk bertemu peminatnya. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI