fbpx

Harimau Malaya: Jangan mudah buat rumusan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEVEL kini beraksi bersama kelab Portimonense dalam saingan divisyen kedua di Liga Portugal. - FB MALAYSIA NT

PEMINAT bola sepak tempatan harus mengambil kira banyak aspek sebelum memainkan peranan sebagai hakim bagi menilai dua pemain warisan baharu, Hector Hevel dan Gabriel Palmero yang sudah pun sertai Harimau Malaya.

Walaupun di peringkat kelab kedua-dua pemain ini tidak bermain di divisyen utama, semua pihak wajar kekal tenang dan fakta berkenaan tidak boleh dijadikan asas untuk membuat rumusan awal tentang kualiti sebenar yang ada pada Hevel dan Palmero.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, adalah lebih bagus untuk semua melihat kepada aspek positif berbanding terlalu menghukum pemain tanpa memberikan peluang membuktikan kualiti.

“Perkara ini hangat diperkatakan dan sebenarnya kita kena beri perhatian kepada perkara positif terlebih dulu. Barisan kejurulatihan pastinya sudah menilai secara mendalam dan merasakan dua pemain ini sesuai dengan perancangan mereka.

“Semua benda kena ambil kira kenapa mereka dipanggil, bukanya hanya menilai kepada di mana kelab mereka bermain, mungkin dia mampu wujudkan persaingan sihat buat pasukan kebangsaan.

“Kita ambil contoh di England, bagaimana boleh berlaku kelab divisyen bawah mampu tewaskan pasukan daripada saingan utama. Jadi, kita boleh katakan kualiti bola sepak di sana agak tinggi,” katanya.

Pada sesi latihan Harimau Malaya, malam kelmarin, Hevel dan Palmero sudah pun turun menjalani latihan rasmi pasukan, namun status kelab yang diwakili pemain berkenaan turut menimbulkan pelbagai andaian.

Wan Jamak juga menjelaskan, kualiti pertandingan di Eropah adalah berbeza berbanding apa yang dapat dilihat di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI