KLANG – Seorang anggota polis berpangkat sarjan meninggal dunia ketika menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di rumahnya di Taman Sri Andalas di sini semalam.
Mohd. Arshad Md. Ariffin, 53, yang bertugas di cawangan Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia pukul 9 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan kematian anggota polis tersebut.
“Saya sahkan anggota polis ini dalam tempoh kuarantin positif Covid-19 di rumahnya bermula 23 Januari hingga 1 Februari depan,” katanya.
Allahyarham Mohd. Arshad telah berkhidmat selama 31 tahun dengan Polis Diraja Malaysia. -K! ONLINE