fbpx

MAIS salur RM11.7 juta bantu asnaf riqab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashim (dua kanan) menyerahkan cek sumbangan kepada wakil penerima pada program itu di Klang, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan berjumlah RM11.7 juta bagi membantu kebajikan asnaf riqab yang menghadapi masalah akidah dan sosial di negeri ini.

Sumbangan menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab itu disalurkan kepada 27 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR).

Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Hashim Meon berkata, bantuan itu meliputi kos program, pengurusan dan penjagaan asnaf berkenaan di bawah seliaan pihaknya tahun ini.

Menurutnya, pihaknya komited membantu golongan itu yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan bagi menggalakkan mereka kembali ke pangkal jalan.

“MAIS turut menyumbang RM400,000 kepada 1,000 asnaf riqab bagi persiapan awal menyambut Aidilfitri.

“Keseluruhan bantuan yang diagihkan itu menggunakan peruntukan zakat asnaf riqab,” katanya selepas menyerahkan bantuan itu pada program Tadarus dan Iftar Perdana Riqab MAIS di Bandar Bestari di sini, hari ini.

27 RPR itu antaranya Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor (PAKATS), Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS) dan Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Rahmah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI