BANGKOK – Seorang penunggang motosikal melanggar sebatang pokok di tepi jalan yang gelap di Ban Pho, tengah Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.
Koson Chaitong, 53, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah pokok itu di samping sebuah motosikal berwarna biru.
Lokasi kemalangan adalah kawasan terpencil yang dipenuhi pokok Yem Chuan di kedua-dua belah jalan raya.
Kawasan itu gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.
Walaupun anggota-anggota kecemasan memberikan bantuan awal tetapi mangsa disahkan meninggal dunia sejurus selepas dibawa ke hospital. – AGENSI