fbpx

Gaduh dengan bini, lelaki cederakan leher guna pisau pemotong daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang lelaki mengelar leher sendiri di restoran di kawasan Danga Bay, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan bertindak mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau pemotong daging di hadapan sebuah restoran di kawasan Danga Bay di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan setelah berlaku perselisihan faham dengan isteri.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.25 tengah malam selepas dimaklumkan oleh anggota polis bantuan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa bertindak sedemikian akibat tekanan perasaan selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya.

“Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi X oleh pemilik akaun Update1111 yang memaparkan kejadian seorang lelaki telah mengacukan pisau dan mengelar leher sendiri di hadapan sebuah restoran.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan video kejadian yang tular di media sosial bagi mengelakkan spekulasi serta salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI