fbpx

‘Orang muda pun kalau sudah ajal mati dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga mangsa berhimpun untuk menuntut mayat mangsa kemalangan di Jabatan Forensik HSB, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang warga emas tidak menyangka gurauan cucunya berkaitan kematian berakhir dengan tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 58.4 Lebuh Raya Utara- Selatan di Pendang, dekat sini hari ini.

Malisom Din An, 64, berkata, dia bertemu dengan Daniel Thean, 26, dua hari lepas yang menziarahinya setelah baru keluar dari wad kerana masalah kesihatan.

“Dia datang melawat bila nak balik saya cakap, tok sudah tua bila-bila boleh mati tetapi dia balas, orang muda pun kalau sudah ajal mati dulu. Bila mendapat berita tentang kematiannya hari ini saya jadi sebak mengenangkan kata-katanya itu.

“Cucu saya meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki yang berusia setahun,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Menurut Malisom, cucunya itu yang menetap di Jitra terkenal dengan sikap suka membantu orang yang dalam kesusahan dan sering melakukan kerja-kerja kebajikan.

Kemalangan yang melibatkan lima kenderaan termasuk tiga lori itu turut mengorbankan dua lagi rakannya, Edwin Jackson dan Lew Kai Chun masing-masing berusia 32.

Menurut seorang rakan Edwin yang ingin dikenali sebagai Lee, 26, mangsa yang berasal dari Bintulu, Sarawak akan dibawa pulang ke kampung halamannya itu untuk disemadikan.

Dalam pada itu  Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga mangsa itu hilang kawalan ketika cuba mengelak lori tersebut yang diletakkan di lorong kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI