fbpx

Anwar arah teliti kajian had tempoh jawatan Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya kajian mengenai had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun diteliti lebih mendalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu ada disentuh pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

“Hal ini ada dibincangkan, tapi masih di peringkat awal kerana ia adalah proses yang rumit, kompleks dan perlu ada pertimbangan termasuk di peringkat negeri.

“Sebarang perkara yang terus ke arah pindaan Perlembagaan (Persekutuan) adalah perkara yang perlu diberi pertimbangan yang cukup mendalam.

“Maka Perdana Menteri minta supaya hal ini diteliti dan dikaji secara keseluruhan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Anwar ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP berkata, kerajaan memegang janji melaksana agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Perdana Menteri menegaskan, proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI