KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai di kawasan Jalan Rubber, Satok di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kesemua suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun itu dicekup kira-kira pukul 1.40 petang tadi.
Katanya, tangkapan dibuat susulan video pergaduhan yang berlaku malam tadi itu tular di media sosial.
“Kejadian berpunca daripada perbuatan membunyikan enjin dan ekzos kenderaan dengan kuat dan tiada kaitan dengan sebarang isu perkauman atau etnik,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE