fbpx

ADUN lebih berkuasa berbanding Pegawai Khas MB – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tiga dari kiri) melihat kotak makanan yang akan diserahkan pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Pasukan Badan Beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai hak yang lebih besar berbanding Pegawai Khas Menteri Besar (MB) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menolak naratif kononnya tiada masalah jika rakyat memilih ADUN pembangkang kerana Menteri Besar akan menempatkan pegawai khasnya di kawasan yang dimenangi pembangkang tersebut untuk selesaikan segala isu.

Jelasnya, pegawai khas hanya menjalankan tugas mengikut arahan MB sedangkan ADUN atau wakil rakyat mempunyai akses terus kepada MB untuk mengutarakan sebarang masalah di kawasan mereka.

“Wakil rakyat lebih tahu. Dia (ADUN) boleh datang berjumpa dengan MB dan maklumkan kepada MB tentang keperluan dalam kawasan dia.

“Sebab itu orang berlumba-lumba hendak bertanding menjadi wakil rakyat, bukan berlumba-lumba hendak jadi pegawai khas,” katanya semasa majlis penyerahan juadah Hari Raya 2025 kerajaan negeri Perak kepada pasukan badan beruniform di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hantaran dalam Facebook yang menggambarkan rakyat di Ayer Kuning tidak akan rugi jika mengundi calon Perikatan Nasional (PN) sebagai wakil rakyat kerana MB Perak masih boleh melantik pegawai khas di DUN tersebut.

Hantaran itu susulan kenyataan Saarani minggu lalu yang berkata pengundi lebih baik memilih calon kerajaan sebagai wakil rakyat sebab lebih mudah untuk membangunkan kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI