LANGKAWI – Seorang pelancong lelaki warga India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting, di sini hari ini.
Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian lemas pada pukul 12.05 tengah hari tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian dimaklumkan seorang mangsa lelaki warga India berumur 55 tahun telah lemas di dalam Tasik Dayang Bunting.
“Anggota bomba melakukan pencarian di sekitar lokasi kejadian tersebut dan mangsa berjaya ditemui pada pukul 2.29 petang tadi,” katanya di sinihari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dikenali sebagai Vivek Ashok, 55, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE