fbpx

PM sasar 500 sekolah angkat di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan sasaran untuk mewujudkan 500 sekolah angkat di seluruh negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri menegaskan bahawa sasaran sekolah angkat ialah sekitar 500 buah sekolah.

“Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa 20 sekolah telah diambil sebagai sekolah angkat oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB). Segala usaha ini akan diselaras oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Sekiranya ada mana-mana syarikat swasta yang berhasrat untuk menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat, maka boleh berhubung dengan KPM.

“Maklumat yang lebih terperinci tentang mekanisme (sekolah angkat), boleh berhubung dengan KPM,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri menyarankan supaya syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan inisiatif sekolah angkat bagi membantu membangunkan sekolah-sekolah di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI