fbpx

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam tidak dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar mingguan di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan setakat hari ini masih berteka-teki mengenai keputusan untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Buktinya, mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini tidak membincangkan perkara itu.

Perkara itu disahkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar ini.

“Masih ada masa tapi tak dibincangkan (BKK Aidilfitri) hari ini. Kita belum nak beraya lagi,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat dilaporkan berkata, pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI