fbpx

JAS kesan pengusaha kuari langgar tiga syarat kelulusan EIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAS Perak mengesan penguasaha kuari melanggar tiga syarat kelulusan EIA berhampiran Pantai Teluk Akuan, Manjung.

IPOH – Pihak yang diberikan kelulusan menjalankan aktiviti kuari berhampiran Pantai Teluk Akuan, dalam kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, dekat Manjung hingga mengakibatkan kawasan pesisir pantai berkenaan bertukar warna dikesan melanggar tiga syarat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul berkata, berikutan itu pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Pemeriksaan mendapati terdapat pelanggaran syarat kelulusan EIA oleh pihak berkenaan.

“Dalam tindakan ada tiga (ketidakpatuhan dan pelanggaran starat EIA) dan ada kesalahan lain dalam penilaian lanjut.

“Status air pelepasan semasa pemeriksaan adalah baik, tetapi kesan sedimen jelas di tebing alur air,” katanya ketika dihubungi.

Rosli berkata, notis arahan henti kerja dan tindakan remedi juga akan dikeluarkan kepada pengusaha kuari berkenaan mengikut Seksyen 31 akta sama.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kesan kemusnahan alam sekitar berikutan kegiatan kuari yang dikesan tidak mematuhi beberapa syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang sedang dijalankan di Hutan Simpan Segari Melintang kini merebak ke Pantai Teluk Akuan yang terletak berhampiran.

Pantai yang turut menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur itu kini tercemar dengan kesan tanah yang turut mengakibatkan persisirnya dikelilingi warna keruh tanah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI