fbpx

Pelancong sesuka hati buang air kecil di pantai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu membuang air kecil di tepi pantai dekat bandar Pattaya, Thailand. - Instagram

BANGKOK – Perbuatan sekumpulan pelancong dari India yang dengan bersahaja membuang air kecil di sebuah pantai di Thailand mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Story Pick. 

Kejadian dirakam di bandar Pattaya, wilayah Chonburi pada 16 Januari lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jarpmedia memaparkan empat lelaki sedang berjalan di tepi pantai pada waktu malam. 

Salah seorang daripada mereka nekad membuka zip seluar dan membuang air kecil di atas pasir. 

Perbuatannya itu tidak dihalang oleh rakan-rakannya, sebaliknya mereka terus berbual sebelum beredar dari kawasan tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Thailand. 

“Pihak berkuasa perlu mengharamkan mereka untuk datang ke Thailand!” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI