fbpx

Mitsubishi langgar belakang Ferrari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan but Ferrari 488 Pista dilanggar kereta Mitsubishi Xpander di Jakarta. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi sebuah kereta mewah jenama Ferrari dilanggar oleh kereta Mitsubishi Xpander di Jakarta, lapor portal berita Okezone semalam. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di Pantai Indah Kapuk, Ahad lalu.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @steve16_2002 memaparkan kereta Mitsubishi Xpander itu merempuh but Ferrari 488 Pista yang diletakkan di tepi jalan. 

Meskipun kerosakannya tidak terlalu parah, pemandu terpaksa mengeluarkan wang yang banyak kerana ‘supercar’ itu dianggarkan berharga 12 bilion rupiah (RM3.2 juta) hingga 14 bilion rupiah (RM3.7 juta). 

“Ferrari dapat ‘ciuman’ hangat daripada Xpander,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Xpander benci kuda,” kata seorang netizen. 

“Ini makan tidak kenyang, tidur tidak tenang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI