fbpx

Tular kereta lawan arus di Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar daripada video tular yang memaparkan sebuah kereta didakwa dipandu malawan arus di BORR, Butterworth.

SEBERANG PERAI – Satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Perai di sini tular di media sosial sejak semalam.

Menurut pengguna Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku ketika kereta itu dipandu dari arah Jambatan Perai menghala ke Taman Inderawasih.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku pada waktu malam berdasarkan suasana gelap dan kenderaan yang kurang di atas jalan raya.

Rakaman berdurasi 25 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang penunggang motosikal di laluan bertentangan.

Menurut rakaman itu, kereta yang tidak dapat dipastikan jenisnya itu dikatakan dipandu melawan arus kerana pemandunya mengelak sekatan jalan raya (SJR) di hadapan.

Kereta itu dilihat menyalakan lampu kecemasan ketika dipandu di laluan paling kanan di laluan yang mempunyai tiga lorong itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Shafee Abd. Samad ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Ia dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 2.5 BORR, manakala terdapat satu sekatan jalan raya Op Covid di KM 2.0 sejak 13 Januari lalu.

“Polis akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lebuh raya itu bagi siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI