fbpx

Bekas penyanyi rock ditahan terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patcharapol ditahan di sebuah kondominium di Bangkok pada 13 Mac lalu. - The Nation

BANGKOK – Bekas penyanyi utama kumpulan rock Thailand, I-Zax ditahan kerana didakwa menyalahguna dan mengedar dadah, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Patcharapol ‘Zax’ Parnpoom, 47, diberkas di sebuah kondomominuim dekat Bangkok pada 13 Mac lalu.

Penahanan dibuat susulan dua warga Thailand ditangkap cuba menyeludup dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou. Mereka membeli bahan terlarang itu daripada seorang wanita berusia 44 tahun di Bangkok. 

Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC) meminta bantuan daripada Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand untuk menangkap wanita berkenaan.

Selepas penahanannya, penyiasat menemui bukti penjualan dadah dalam talian dengan kristal methamphetamine dan pil ekstasi sedia untuk diedarkan kepada pembeli. 

“Patcharapol ditahan ketika cuba membeli dadah daripada suspek terbabit. Kami juga menemukan stok dadah yang besar ketika melakukan serbuan di rumahnya.

“Dia disyaki bukan sahaja mengambil dadah tetapi menjualnya kepada selebriti lain dalam industri muzik Thailand,” kata polis.

Penangkapan Patcharapol menimbulkan kejutan dalam industri hiburan. 

“Siasatan sedang giat dijalankan. Kami akan menangkap individu yang terlibat dalam pengedaran ini,” tambah ONCB. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI