PUTRAJAYA – Santan menjadi antara 26 jenis barangan yang dimasukkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025 berkuat kuasa 24 Mac hingga 7 April depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, langkah itu bagi memastikan barangan keperluan utama musim Aidilfitri itu tidak berlaku kenaikan mendadak selepas isu kekurangan bekalan kelapa sejak akhir bulan lalu.
Di bawah skim itu, harga santan ditetapkan pada harga RM17.50 di Semenanjung, RM12 (Sabah), RM9 (Sarawak) dan RM15 di Labuan.
Menurut beliau, selain santan, tiga lagi baragan baharu dikawal tahun ini termasuk bawang merah kecil India, bawang merah kecil ros dan lobak merah.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE